Info Hadith

Menurut Imam Thirmidzi,nabi bersabda: “Takutlah kamu dengan firasat mukmin karena sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah

Ahad, 25 Mac 2012

Majlis Makan Malam



Aktiviti terkini  Persatuan Kebajikan Wawasan Syahadah

Persatuan Kebajikan Wawasan Syahadah menganjurkan majlis makan malam di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu Kelantan pada 7 April 2012 bersamaan 15 jamadilakhir 1433H.

Dengan tujuan untuk mengumpul DANA mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan aktiviti persatuan :-
  • Majlis Ilmu
  • Membantu memulihkan remaja perempuan bermasalah
  • Membantu penagih-penagih dadah untuk dipulihkan
  • Membantu menguruskan anak-anak yatim
  • Dan lain-lain
Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta menjayakan majlis makan malam ini boleh hubungi nombor yang tertera. Pelbagai  aktiviti menarik yang akan dijalankan....Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami  dan marilah ramai-ramai bersama menjayakan program ini.


Segala sumbangan boleh lah disalurkan terus ke akaun Persatuan Kebajikan Wawasan Syahadah Kelantan Darul Naim sepanjang masa.

No. Akaun BIMB : 03018010143081
Nama : Tetuan Persatuan Kebajikan Wawasan Syahadah

Maklumat Lanjut, Sila hubungi :

013-9232988  - Ustaz Lokman Abdullah,
019-9868841  - Tuan Haji Salleh,
013-9334546 - En Ismail Osman ( Che Weil Consultan ) 
019-9397929  - Tuan Hj Azid B. Salleh dan
0199268186   - Pn Hasimah Bt Hj Abd Ghani

KELEBIHAN BERSEDEKAH MENURUT KETERANGAN AL-QUR'AN
Firman Allah Taala:

وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ(10)
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata :  Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. "
Ayat 10, Surah al-Munafiqun.
Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan.  Di antaranya seperti berikut:-

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ.
"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
Ayat 261, Surah al-Baqarah.
Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah - meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.




Leia mais...

Rabu, 4 Januari 2012

Merokok Dari Pandangan Islam

Merokok Dari Pandangan Islam

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keputusan (English): 
 
Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.
 
Keterangan/Hujah: 
 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Leia mais...

Jangan Cuba Derhaka Pada Ibu Bapa

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik (ihsan) kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan “ah”** dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah..”Wahai Tuhanku! Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecilku.”

Surah al-Isra’ : ayat 23-24

** mengucapkan kata “ah” kepada orang tua tidak dibolehkan, apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Di dalam ayat di atas ada 10 permasalahan:

  1. Qadho – ialah suruhan wajib untuk menyembah Allah swt iaitu Allah Ta’ala telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya.
  2. Allah swt memerintahkan agar manusia menyembahNya dan mentauhidkanNya disertakan dengan berbuat ihsan kepada kedua ibubapa, sama seperti bersyukur kepada Allah SWT, disertakan dengan berterimakasih kepada kedua ibu bapa. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abdullah RA, firmannya: “Aku bertanya Nabi Muhammad SAW apakah amal yang paling disukai oleh Allah?” Nabi Muhammad menjawab: “Solat dalam waktunya.” Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?”. Nabi Muhammad menjawab: “Kemudian berlaku ihsan kepada kedua ibu bapa.” Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?” Nabi Muhammad menjawab: “Berjihad fi sabilillah.” Lihatlah betapa pentingnya ihsan kepada kedua ibu bapa sehingga Nabi Muhammad menjadikan ‘birrul walidaini’ – berbuat baik kepada ibu bapa- seafdhal2 amal selepas solat yang merupakan tiang agama yang terpenting.
  3. Di antara makna ‘birrul walidaini’ dan ‘ihsan’ kepada kedua ibu bapa ialah bahawa jangan seseorang itu menderhaka kepada kedua-duanya kerana ia termasuk daripada dosa-dosa besar (kabaair) tanpa khilaf. Perkara ini ditegaskan oleh sunnah thabitah. Di dalam sahih Muslim daripada Abdullah ibn Amru bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya di kira daripada kabaair itu berkata kesat (memaki) seorang lelaki terhadap kedua ibu bapanya.” Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah SAW adakah orang yang akan berbuat demikian kepada ibu bapanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Ya, boleh berlaku bila seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat kepada bapa orang lain, lalu orang tadi membalas dengan memaki ibu dan bapanya.”
  4. Termasuk derhaka kepada ibubapa ialah menyalahi kehendak kedua-duanya dalam perkara yang diharuskan oleh syara’, sama halnya ‘birrul walidaini’ bermakna membuat sesuatu yang disukai oleh kedua-duanya. Berdasarkan kenyataan di atas apabila kedua-dua ibu bapa menyuruh sesuatu perkara kepada anaknya, maka menjadi kewajipan ke atas anak itu mentaatinya selagimana suruhan itu dalam perkara yang bukan maksiat.
  5. Imam Tarmizi meriwayatkan daripada ibnu Umar RA katanya: “Saya ada seorang isteri yang saya amat kasih, tetapi ayah saya membencinya dan menyuruh aku menceraikannya, lalu aku enggan. Aku mengadu kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda Rassullah SAW bersabda: ” Wahai Abdullah ibnu Umar! Ceraikan isterimu itu.” (Hadith Hasan lagi Sahih).
  6. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi Muhammad SAW menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi Muhammad SAW menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi Muhammad SAW menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi Muhammad SAW menjawab: “Bapa kamu.” Dalam hadith ini menunjukkan kasih kepada ibu tiga kali ganda melebihi kasih kepada bapa kerana Nabi Muhammad SAW menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat.
  7. Tidak dikhususkan ‘birrul walidaini’ hanya kepada ibu bapa yang muslim sahaja, bahkan wajib berbuat baik kepada kedua-duanya sekalipun mereka kafir.
  8. Termasuk yang dimaksudkan ‘ihsan’ kepada kedua-dua ibu bapa ialah apabila tidak sampai ke tahap jihad menjadi fardhu ain, ia mestilah mendapat keizinan daripada ibu bapa untuk keluar berjihad; tidak boleh keluar berjihad kalau ibu bapa tidak memberi izin. Ini berdasarkan hadith yang sahih yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar RA katanya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad SAW meminta izin untuk berjihad, maka Nabi Muhammad SAW bertanya: “Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Dia menjawab masih hidup, lalu Nabi Muhammad SAW bersabda: “Maka untuk kedua-dua ibu bapamu hendaklah kamu berjihad.” (Riwayat Muslim). Di dalam riwayat yang lain lelaki tadi menjawab: “Ya, masih hidup dan aku meninggalkannya dalam keadaan kedua-duanya menangis. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Pergi kamu, maka usahakan supaya kedua-duanya ketawa sebagaimana kamu telah membuat kedua-duanya menangis.” Dalam riwayat yang lain lagi…. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidur kamu bersama kedua ibu bapa kamu di atas tilamnya lalu kamu berusaha menjadikan kedua-duanya ketawa dan kamu pula bergurau senda dengan mereka lebih afdhal daripada kamu berjihad bersama aku.”
  9. Ulama’ berselisih adakah apabila ibu bapa musyrik diperlukan keizinan daripada kedua-duanya untuk berjihad (jihad kifayah)? Imam Thauri berpendapat perlu, tetapi Imam Syafei berpendapat tidak perlu.
  10. Sebagai penyempurna dalam ‘birrul walidaini’ ialah menghubungkan silaturrahim dengan mereka yang pernah bersahabat dengan ibu bapa… Semoga bermanfaat untuk direnung oleh anak-anak yang beribu dan berbapakan da’ie -para pendakwah- di jalan Allah SWT. Jangan lupa hukum dalam melakukan dakwah dan jihad, nanti kamu juga yang menyesal suatu hari nanti. Ingatlah kisah ‘Alqamah yang tidak mampu mengucap syahadah dek kerana dia melebihkan si isterinya daripada ibu sendiri. Ibunya memendam rasa di hati, namun tidak diluahkan… Bagaimana ibu-ibu dan bapa-bapa yang kini berada dalam bahtera dakwah yang diketahui kebaikannya tiba-tiba anak sendiri yang mengherdik dan merendahkannya; bukankah itu menderhaka namanya??? Fikir-fikirkanlah di atas iman dan amal.

Leia mais...

Selasa, 3 Januari 2012

Firasat Seorang Mukmin

Firasat HATI yang BERCAHAYA



Sahabat...Tidak ada suatu keinginan yang besar dari seorang mukmin...
Kecuali mempunyai hati yang bersih dan bercahaya.
Karena dia yang akan menuntun keselamatan hidup kita di dunia.

Hati yang cemerlang adalah hati yang bersih suci dan mampu 'melihat' alam ghaib sehingga ia mengenal Allah ta'ala tanpa keraguan sedikitpun.



Pada zaman nabi ada seorang laki-laki bertanya pada nabi, Ya Rasulullah , siapakah manusia terbaik?”. Nabi menjawab, “Mereka adalah orang mukmin yang berhati makhmum.” Orang itu bertanya lagi , “Apakah hati makhmum itu?”. Nabi bersabda, “Itu adalah hati yang berTAKWA lagi bersih yang tidak ada didalamnya penipuan, sikap melampaui batas, tipu daya, khianat dan dengki”.



(HR. Ibnu majah dan termasuk hadis shahih).



"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu berTAKWA kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan (pembeda) dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar."



( Surah Al-Anfal : ayat 29 )



"Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), berTAKWAlah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu nur (cahaya) yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."



( Surah Al-Mujadilah : ayat 28 )



Dalam hadith Qudsi, diriwayatkan oleh Abu Hurairah radliyallahu 'anhu bahwa Rosulullah SAW bersabda :



Sesungguhnya Allah swt telah berfirman: "Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku menyatakan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan kepadanya. Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat (nawafil) sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya."

( Riwayat Imam Bukhari)



Hati yang bersih juga hati orang yang Ikhlas, sehingga ditakuti oleh setan. Nabi pernah bersabda, “Tidak berjalan Umar disuatu lorong melainkan setan memilih jalan lain (supaya tidak berpapasan dengan Umar).



(HR. Imam Bukhari dan Muslim).



Perasaan takut yang ditunjukkan setan disebabkan karena ketakwaan yang ada dalam diri Umar.



Apabila hati bersinar dan gemilang, Allah mengilhamkan kepada hati itu berbagai ilmu dan petunjuk.



Diantaranya adalah firasat mukmin :-



1-   Sehubungan hal tersebut menurut Imam Thirmidzi , nabi bersabda , “ Takutlah kamu dengan firasat mukmin karena sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah”



Contohnya, menurut Anas bin Malik , pada suatu hari dia melihat seorang wanita dan tertegun dengan kecantikannya. Kemudian setelah itu , beliau bertemu dengan Utsman bin Affan dan Utsman berkata : Telah masuk ke perkumpulanku , seorang laki-laki yang dimatanya terdapat tanda-tanda zina.” Anas terkejut dengan perkataan Utsman dan bertanya : Masih adakah wahyu setelah nabi (adakah Khalifah Utsman boleh tahu apa yang telah dilakukannya) ?”, Utsman menjawab. Tidak, yang ada hanyalah mata hati dan firasat yang benar



Begitu pula dengan peristiwa yang terjadi atas khalifah Umar bin Khatab. Ketika beliau sedang menyampaikan dakwahnya di Madinah, tiba-tiba beliau berkata , “Wahai Sariah, pergilah kebukit, kebukit.”  Rupanya , pada waktu itu beliau dapat melihat bahwa tentara-tentara Islam yang dipimpin oleh panglima Sariah mengalami kekalahan sedangkan mereka berada jauh di Madinah. Beliau segera memberi petunjuk kepada Sariah agar membawa tentara-tentara Islam ke bukit. Menurut Sariah, beliau dapat mendengar suara Umar dengan jelas dan segera mematuhi petunjuknya sehingga mereka akhirnya memperoleh kemenangan. Ini adalah bentuk –bentuk ilham yang dianugerahkan Allah kepada mereka yang memiliki hati yang bersih.



Itulah beberapa contoh orang-orang yan bertTAKWA yang hatinya bercahaya.



Banyak orang mengHIAS WAJAH dan TUBUHnya...



Padahal WAJAH dan TUBUHnya akan menjadi FITNAH makanan syaithan.



Dan hanya orang-orang yang mendapat HIKMAH...



Dialah yang selalu mengHIAS HATInya dengan keTAKWAan.


Leia mais...

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

SOLAT SUNAT DHUHA


Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ


Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ


Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)


Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."


Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ


Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani


Niat Solat Dhuha


أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali


سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ


"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :


اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ


"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Leia mais...

Kelebihan Solat Sunat Taubat

SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.

Lafaz Niat

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT

Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Doa Sujud terakhir rakaat kedua.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ. فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.

Istighfar-Istighfar

1. 100 kali

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ

Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.

Doa Taubat



أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ


Leia mais...

Kelebihan Solat Hajat

Menilai Kelebihan Solat Hajat

Dari ‘Abdillah ibn Abi Aufa meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada seseorang makhluqNya,
maka hendaklah dia berwudhu’ dengan mengelokkan-wudhu’nya dan bersolat dua
raka’at, dan kemudiannya memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW lalu
hendaklah dia membaca do’a ini.

La Ilaha Illallah al-Halim al-Karim, SubhanAllah rabb al-’Arsh al-’Adzim

(du’a ini tidak disalin semua) - Hadith 148 Mastika Hadis Jilid 2
Sungguhpun hadis ini hadis daif, tetapi ia disokong oleh hadis sahih yang berikut

Hadis 149 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan
solat 2 raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya,
sama ada cepat atau lambat

(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)

·  sokong juga oleh hadis sahih yang berikut:-

Hadis 150 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari ‘Uthman bin Hunaif RA, bahawa
telah datang kepada
Rasulullah SAW seorang yang buta matanya seraya berkata, “Ya
Rasulallah!
Doakan kepada Allah untuk saya supaya Dia menyembuhkan saya”
Rasulullah SAW
bersabda, “jika engkau mahu, (doakan segera) maka akan aku doakan
untukmu
dan jika kamu mahu kamu boleh bersabar dan ianya (bersabar) lebih baik
bagi
kamu.” Lelaki itu menjawab, “Doakanlah” Maka Rasulullah SAW menyuruhnya
supaya berwudhu’ dengan elok lalu bersolat dua raka’at dan berdoa dengan doa
ini, “Allahumma Inni asaluKa wa atawajjahu ilaika binabiyyika Muhammad Nabiy
ar-rahmah. Inni tawajjahtu bika ila rabbi fi hajati hazihi lituqdha liyy.
Allahumma fashaffi’hu fiya


Hadis ini juga menjadi dalil harus bertawassul. Minta dengan Allah, bukan dengan wali, cuma wasilah melalui doa orang yang soleh. Amalan yang baik juga menjadi wasilah.



SOLAT SUNAT HAJAT

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

NIAT SOLAT HAJAT

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.


Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.




Leia mais...

Fadhilat (kelebihan) Solat Berjemaah

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :


“ Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat atau 27 kali ganda”.



(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Leia mais...

Ahad, 1 Januari 2012

Teknik Membangkitkan Tenaga Dalam Melalui Pernafasan

Teknik Membangkitkan Tenaga Dalam Melalui Pernafasan
Tenaga dalam adalah suatu konsep yang populer di dalam masyarakat Melayu di Asia Tenggara terutamanya di Indonesia dan Malaysia.

Tenaga dalam dianggap suatu tenaga manusia yang mempunyai kekuatan luarbiasa. Tenaga dalam dibedakan dari tenaga luar manusia (yang biasanya disebut secara ringkas sebagai "tenaga" saja) yang berbentuk tenaga fisik seperti kekuatan otot tangan mengangkat barang.
Pada dasarnya setiap orang memiliki apa yang disebut dengan tenaga dalam, hanya saja mereka tidak mengetahui bagaiman cara membangkitkan atau mengembangkannya. Tenaga dalam itu itu sudah ada sejak manusia dilahirkan. Tetapi tenaga itu masih pasif dan sewaktu-waktu akan bangkit bila orang tersebut dalam keadaan panik, tidur berjalan, terhipnotis atau ketakutan yang luar biasa.

Contoh : Seseorang yang takut kepada anjing akan memiliki kemampuan yang luar biasa dalam berlari menghindari kejaran anjing yang berlari cepat. Bila terdesak, orang tersebut dapat melompati tembok setinggi 2 m dengan sekali lompat. Rasa takut yang berlebihan tersebut dapat membangkitkan tenaga dalamnya yang sedang 'tidur'. Secara otomatis tenaga dalam tersebut bangkit dan tersalur pada kedua kakinya yang sedang dipergunakan untuk berlari, tetapi setelah berhasil menyelamatkan diri kekuatan itu reda dan energi itu 'tidur' kembali. Kemudian orang itu baru menyadari bahwa dirinya telah melakukan sesuatu yang luar biasa.
Orang yang sedang tidur berjalan dapat melakukan hal-hal yang luar biasa dan tidak wajar apabila orang itu dalam keadaan sadar. Hal itu bisa dilihat dari gerakan akrobatik ketika orang tersebut tidur berjalan, seperti jalan di atas atap rumah atau mengigau tentang kejadian yang akan datang.

a. Teknik Membangkitkan Tenaga Dalam

Banyak Cara dan tehnik untuk membangkitkan, memupuk dan menggunakan Tenaga Dalam yang dikenal di dunia Kang-Ouw (hehehe minjem istilah Telaga Persilatan), baik yang lokal Nusantara, maupun yang import dari negerai Tionghoa, Jepang, Mongolia, India, Bahkan Eropa (khususnya Russia/Cozacs), Amerika (khususnya Brazil) dan Negara-negara di belahan dunia lainnya.

Dari sekian banyak tehnik tersebut, dibawah ini ada salah satu cara yang dapat membangkitkan selain Tenaga Dalam juga membangkitkan pancaran Aura (bukan pancaran sinar petromaks lho), dan tehniknya juga nggak sulit untuk dipraktekkan. Nah silahkan disimak, sekedar menambah wawasan.

Cara/Tehnik Dasar Untuk Membangkitkan Tenaga Dalam Dan Memperkuat Aura Dasar.
Dapat di Lakukan dengan cara sebagai berikut:


Tahap ke-I

1. Tehnik PerNafasan Perut

Tekniknya tarik nafas lewat hidung, perut ikut mengembang...buang halus lewat hidung sambil perut dikempiskan sekempis-kempisnya. Agak ditekan sedikit ke dalam. tidak perlu menahan nafas, karena antara tarikan dan buang nafas ada jeda kirang lebih satu detik. Sikap tubuh dan pikiran harus selalu rileks, tidak perlu konsentrasi berlebihan, cukup pindahkan perhatian pikiran ke perut. Posisinya bisa duduk atau bersila. Sebisa mungkin jangan bersandar. Lakukan minimal sepuluh menit. Kalau dasarnya sudah kuat akan timbul aliran hawa hangat di perut. Jika dilakukan terus akan terbentuk atmosfir udara di sekeliling tubuh sehingga menimbulkan perasaan sejuk lalu Bahkan menjadi dingin.

2. Tehnik PerNafasan Dada

Tarik nafas lewat hidung, dada yang mengembang/naik. Usahakan posisi perut tetap rata, sehingga udara tidak terlalu banyak masuk ke perut. Tahan senyaman mungkin. Idealnya minimal 3 detik. Semakin lama semakin bagus, namun yang terpenting adalah disesuaikan dengan kesanggupan masing-masing, jika merasa mulia terasa nyaman pertahankan kondisi ini beberapa saat lamanya. Lalu hembuskan lagi secara halus lewat mulut. Jika ini dilakukan maka dada ikut mengempis. Usahakan semua otot tubuh rileks. Cukup pindahkan perhatian pikiran ke dada. Lakukan minimal 10 menit juga. Kalau ada rasa hangat di dada pertahankan fokus perhatian ke rasa hangat tersebut.

3. Tehnik PerNafasan Diafragma

Tarik nafas lewat hidung, dan usahakan dada dan juga perut bersamaan ikut mengembang. Pindahkan fokus perhatian ke ulu hati. Biasanya ada sedikit terasa tekanan di daerah ulu hati. Tahan senyaman mungkin, lalu hembuskan nafas secara halus lewat mulut sambil mengempiskan dada dan perut. Tetaplah rileks...Lakukan minimal 10 menit juga.

Tata Urutan latihan harus seperti diatas, nafas perut, lalu pindah ke nafas dada, lalu langsung pindah ke nafas diafragma. Usahan perpindahan antara tiap nafas secara perlahan-lahan selembut mungkin, Lakukan terus menerus tanpa terputus. Selanjutnya lakukan lagi tehnik pernafasan perut dengan sikap tetap rilex dan sesantai mungkin, fokuskan perhatian ke area solar plexus (antara pusar dan perut bagian bawah). Lakukan sampai terasa hawa hangat di area ini, kalau terasa teruskan pernafasan perut ini minimal 5 menit lagi. Kalau tidak terasa hawa hangat, cukup lakukan pernafasan perut sampai suhu tubuh normal atau hawa disekeliling menjadi sejuk. (umumnya dalam proses latihan ini suhu tubuh meningkat sampai mengeluarkan keringat yang cukup banyak). Hal Ini harus dilakukan, manfaatnya dapat menyimpan tenaga dalam yang sudah bangkit tadi di solar plexus...

Tahap ke-II

Setelah itu duduk/bersila, posisikan kedua telapak tangan di atas lutut dengan telapak tangan menghadap keatas. Niatkan menyerap energi alam dan ditampung di tangan telapak tangan. Dengan berniat secara reflek otak mengirimkan perintah ke tubuh untuk mempersiapkan diri menyerap energi. Setelah itu rasakan dikedua telapak tangan....apakah ada sensasi energi atau tidak? Jika merasakan getaran Energy, jaga dan pertahankan fokus perhatian ke kedua telapak tangan, sampai terasa berat/hangat sekali. Lalu visualisasikan energi yang diserap tadi tertampung di kedua tangan dan membentuk bola energi.....Setelah dirasakan cukup (bisa dirasakan sendiri apakah cukup atau belum) dorong Energy Alam yang berada diatas ubun-ubun dan niatkan memasukkannya kedalam tubuh melalui ubun-ubun (dalam Rei-Ki tehnik ini dikenal sebagai tehnik menyerap energy Alam/Ilahi melalui Cakra mahkota). Lalu angkat kedua telapak tangan yang sudah ada bola energinya tadi ke atas ubun-ubun (Cakra Mahkota)...lalu gerakkan ke arah belakang kepala sambil berniat/membayangkan energi masuk dan menyebar ke seluruh tubuh. Ulangi minimal 5 kali (Tehnik seperti ini dikenal juga dalam tradisi Pranashakti Dharana)

Untuk yang tidak merasakan sensasi energi di telapak tangan pada saat melakukan penyerapan energi alam ini, silakan lakukan latihan kepekaan dasar berikut:

1. Gosok-gosokan kedua telapak tangan perlahan-lahan, lalukan dalam irama yang makin lama makin cepat sampai kedua telapak tangan terasa panas.

2. Setelah terasa panas, pisahkan kedua tangan dalam jarak +/- 25-30 cm, dalam posisi saling berhadapan di depan dada.

3. Fokuskan perhatian ke ruang kosong antara kedua telapak tangan, rasakan sensasi gelombang elektromagnetic yang terjadi.

4. Apabila terasa sensasi energi yang cukup kuat, jauhkan jarak antara kedua telapak tangan perlahan-lahan sambil tetap merasakan sensasi energi yang ada.

5. Tahan jarak kedua telapak tangan sampai maksimal +/- 60 cm. Kemudian dekatkan lagi perlahan-lahan.

6. Ulangi langkah 1-5 diatas beberapa kali.

Tips:

-Lakukan serileks mungkin, tidak perlu terlalu dipaksakan. Ketika menahan nafas lakukan senyaman mungkin...! Jika tidak kuat melakukannya dalam hitungan 10 menit setiap kali menahan nafas, boleh 5 menit-5 menit dulu...

-Usahakan memakai baju yang agak longgar, jangan memakai aksesoris apapun (jam tangan, cincin dll)

-Untuk latihan pernafasan ini dilakukan dengan mata terbuka..gunanya adalah untuk menghindari kemungkinan terjadi gejala kejang di area otot wajah dan kepala, sehingga energi latihan tidak banyak yang tersalur ke area kepala bagian dalam.

-Adapun proses penyerapan energi alam bisa saja dilakukan dalam kondisi mata tertutup, dan dilpraktekkan dengan pernafasan biasa atau tehnik pernafasan perut..(silahkan pilih yang mana yang lebih nyaman dan rileks sesuai pilihan masing-masing praktisi)

- Catatan

- Untuk pelatihan teknik Pernafasan harap tidak disatukan, dimodifikasi dengan teknik latihan lain walaupun mirip. Karena pada teknik selanjutnya akan diuraikan teknik membuka jalur energi yang lebih besar, jika di campur dengan tehnik lain dikuatirkan akan berakibat buruk bagi kesehatan. (Inget lho sudah diberi tahu sebelumnya, Jangan improvisasi atau maen campursari dulu) Nah demikian sedikit uraian tentang pembangkitan Tenaga Dalam ini, gunanya tenaga Dalam selain bisa digunakan secara offensive, defensive juga Sangat bermanfaat untuk kesehatan, dan Jangan lupa bisa memperbaiki Aura yang dipancarkan.
Untuk melaksanakan latihan ini dengan jayanya perlulah kepada guru yang berpengalaman.

nukilan : http://bumi-tuntungan.blogspot.com/2010/08/teknik-membangkitkan-tenaga-dalam.html

Leia mais...

Keunikan Tenaga Dalaman

Tenaga Dalam Menurut Kacamata Sains
Tenaga Dalaman merupakan tenaga berasal dari dalam tubuh yang setelah diproses dengan beberapa teknik, tenaga dalaman seseorang itu akan muncul dan dipindah keluar. Semua orang mempunyai tenaga dalaman tetapi mereka tidak mengendahkan kelebihannya.

Apakah tenaga yang keluar dari tubuh kita?

Mengenai hal ini, mari kita lihat alam sekeliling kita. Semua benda hidup mempunyai medan elektromagnet dan begitu jugalah struktur benda. Dunia Sains barat sukar untuk mengakui kewujudan teori 'dimensi' kerana ia bukan benda yang boleh ditimbang atau disukat. Walaubagaimanapun, tubuh manusia adalah yang pertama menghasilkan medan tenaga dan kita mempunyai bukti untuk menyokong perkara ini, seperti haba yang boleh menyerap/menyebar dan boleh diukur dengan termometer. Jantung kita memberi respon kepada tenaga elektrik dan diukur dengan elektrocardiograms. Sekarang, para saintismula bersetuju dan mengakui bahawa elektrik, magnetisma, haba, bunyi dan cahaya membentuk medan tenaga sekeliling tubuh fizikal kita. Jadi manusia lebih dari sekadar tubuh sahaja. Ianya adalah kuasa elektromagnetik yang dinamik bersama dengan aura.

Tenaga Dalam - teori dan praktikal

Manusia yang di gelar sbg 'ahsani taqwiim' - sebaik-baik kejadian - menyimpan jutaan misteri yg terpendam...masih banyak potensi-potensi yang sangat hebat di dalam diri kita yang belum di teroka sepenuhnya..Penerokaan potensi-potensi inilah yang akan membawa diri manusia itu menjadi insan kamil, great man yg mampu melukis sejarah agung dalam tamadun manusia.

salah satu potensi terpendam itu adalh Tenaga Dalam/Inner Power...

Apa itu TD?

Tubuh kita terbahagi kepada 2 bahagian besar.iaitu :- 
1- Tubuh fizikal
2- Tubuh bioplasmik/tubuh eterik ( tubuh aura )
Tubuh bioplasmik/tubuh eterik ( tubuh aura ) atau lebih senang di kenali sebagai tubuh aura yg memancar mengelilingi tubuh fizikal. kalau tenaga luar adalah kekuatan tulang-tulang dan otot untuk melakukan kerja-lerja fizikal, maka tenaga dalam pula kelihatan sebagai aliran gelombang tenaga yang mengalir melalui salurannya yang di panggil meridian, gelombang tenaga ini terhasil daripada metabolisme sel-sel (penghasilan ATP oleh sub-sel metocondrion), melalui pernafasan kita. Tenaga dalam murni di olah atau di latih melalui ritma pernafasan tertentu,yg disertai dgn gerakan2 tertentu (jurus) dan konsentrasi fikiran....tenaga dlm yg terhasil di simpan di pusat getarnya...di bawah pusat, atas pusat, atau dada...masing-masing perguruan berbeza pendapat tentang pusat getaran tenaga dalam masing-masing.. Pusat getar tenaga inilah menjadi stor tenaga dalam, yg boleh di pakai bila-bila masa yang diperlukan. Semakin sering ia di latih,maka semakin besarlah kapasiti tenaga tersebut. Semakin cerah aura, dan semakin sihat zahir dan batin.

Mary Coddington, seorang pengarang buku In Search of the Healing Energy, mengemukakan ciri tenaga dalam sebagai berikut :

1- Mampu menyembuhkan.
2- Menembus apa saja.
3- Menyertai sinar matahari.
4- Mempunyai sifat yang mirip dengan energi lain, tapi merupakan daya lain bagi dirinya sendiri.
5- Bermuatan dan dapat dipantulkan oleh cermin.
6- Dikeluarkan oleh tubuh manusia dan dapat dikesan, khasnya dengan hujung jari atau mata.
7- Dapat dialirkan melalui media tertentu, seperti besi dan benang sutera.
8- Dapat disimpan dalam benda mati seperti air dan batu.
9- Beradaptasi dalam perubahan cuaca.
10- Dapat dikendalikan oleh fikiran.
11- Mampu mempengaruhi secara jarak jauh dan menghasilkan berbagai fenomena paranormal.
12- Dapat digunakan untuk tujuan yang baik atau buruk.

Selain itu menurut beberapa guru besar perguruan "tenaga dalam" di Indonesia tenaga dapat digunakan untuk :

1- Pertahanan diri
2- Meningkatkan kesihatan
3- Rawatan alternatif diri sendiri dan orang lain
4- Meditasi
5- Mengesan kekuatan (getaran) jarak dekat dan jauh.
6- Mengirim kekuatan (Transfer Power) jarak dekat dan jauh
7- Membuat diri kebal akan pukulan dan senjata tajam
8- Pemecahan benda-benda keras
9- Menyerang dan bertahan dengan menggunakan tenaga dalam dan banyak lagi.

Satu perkara penting yang sangat perlu untuk kita selesaikan iaitu sikap pesimistik kita dalam mendalami ilmu-ilmu metafizik ini. Setiap kali kita berbahas tentang ilmu-ilmu metafizik/ghaib,maka akan timbul persoalan yang berkaitan dengan agama. Berbagai andaian akan timbul dan berbagai pertanyaan muncul samaada ianya bersalahan atau tidak dengan hukum agama. Adakah ia tergolong dalam shihir? Persoalan demi persoalan timbul dan yang paling ditakuti ialah sama ada ia akan membawa kepada sesat dan syirik.

Metafizik adalah salah satu cabang ilmu sains...sama dengan fizik, bio, maths, chemistry dan sebagainya.... kalau tidak salah belajar bio, maka tidak salah juga belajar metafizik.. kerana ia juga ilmu sains

Apapun yang kita pelajari akan jadi salah kalau ia memesong tauhid. Contohnya Charles Darwin yang mempelopori teori evolusi, menemui keajaiban biology, tapi mengenepikan aspek ketuhanan, bukan salah ilmu biologi, tapi yang salah ialah pemikiran orang yang menolak kuasa Tuhan.

Seperti ilmu bersifat universal, tingggal kita yang mencorakkannya sama ada untuk jadi hitam atau putih....

Mengaktifkan Tenaga Dalam

Pertama sekali kita perlu SEDAR bahawa diri kita terdiri dart 3 aspek utama :-

1.fizikal
2.mental
3.spiritual

Ini cukup penting sebab TD yang sempurna di bina melalui penggabungan 3 aspek ini dan untukk menjadi manusia yang sempurna perlu mendaya gunakan secara optimum seluruh potensi 3 aspek diri ini, Jadi pandang ke dalm diri dan sedarlah tentang hal ini.

1- Fizikal di latih dengan jurus/move tertentu
2- Mental di latih dengan teknik konsentrasi pernafasan tertentu
3- Spiritual di latih dengan zikir tertentu

Setiap perguruan TD memunyai teknik tersendiri dalam melatih ketiga-tiga elemen ini bagi membangkitkan TENAGA DALAMAN

Dalam bidang kerohanian Islam ia telah lama terbukti bahawa tenaga dalaman ini memang wujud dan ia dikaitkakan pula dengan latihan kesufian yang bersungguh-sungguh. Pihak barat yang hanya bergantung kepada bukti fizikal semata-mata sebab itu mengalami kepayahan menilai sesuatu perkara yang ghaib. Umat Islam sebenarnya amat beruntung kerana sudah sedia ada pembelajaran untuk meneroka bidang ini, namun selepas terpengaruh dengan sains moden barat yang menolak sesuatu yang berbentuk super natural, akhirnya orang Islam mengabaikannya.

Sebenarnya Ilmu Metafizik adalah Ilmu Islam dan diterokai oleh ahli sufi Islam sejak berabad dahulu. Salah seorang tokoh terkemuka yang mendapat pengiktirafan barat ialah Ibnu Arabi. Pihak barat menceduk ilmu Islam ini dan melabelkannya semula sebagai ciptaan mereka.

Ilmu kerohanian Islam jauh lebih hebat dari apa yang dicapai oleh ahli sains barat. Itulah ilmu para Wali Allah yang tiada tolok bandingnya dengan mana-mana ilmu barat.

Imam Syafi’i menegaskan, “Milikilah kepandaian berbicara dengan banyak berdiam, dan milikilah kepandaian dalam mengambil keputusan dengan berfikir.” (Mau’idhatul Mu’minin)

Abu Darda’ seorang sahabat yang terkenal pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, dia menjawab, “Tafakur.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” Riwayat ad-Dailani

Rasulullah saw. pernah bersabda, “Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang zat Allah.” (HR Abu Nu’aim)

Firman Allah s.w.t : Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang kejadian diri mereka. Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan. dan Sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. ( Surah Ar-Ruum : ayat 8)

Itulah antara Intisari Islam yang amat jelas dalam mengaitkan hakikat Tenaga Dalam setiap insan yang memang telah tersedia untuk diterokai. Latihan yang baik menghasilkan sesuatu yang baik begitu juga sebaliknya.

Kini terdapat maklumat bahawa Zionis berusaha mendapatkan ilmu super natural melalui syihir Kabbalah nya dan mereka cuba menyaingi kesufian Islam. Malangnya Islam telah meminggirkan harta teragung milik mereka. Kenapa ianya terjadi? SEBABNYA BERPUNCA DARI GERAKAN ZIONIS INI SENDIRI.

Mereka telah mengaturkan gerakan untuk menghilangkan Ilmu Sufi dari hati kaum Muslimin dengan bantuan Eropah. Negara-negara Islam dijajah dan dipaksakan sistem pembelajaran mengikut format Barat. Sedikit demi sedikit sistem pembelajaran tradisional terpinggir dan di labelkan pula sebagai ketinggalan zaman.

Kini ramai orang Islam yang sudah tidak tahu ilmu nenek moyang mereka yang amat hebat satu masa dahulu. Sudah tidak kenal apa itu tasawwuf dan jika tahu pun sekadar pengetahjuan asas sahaja. Tanpa tasawwuf, akhlak manusia akan cepat menjadi rosak seterusnya diisikan pula dengan budaya kuning dari Barat.

Pengagungan ilmu teknologi dan pembangunan fizikal juga memberi sumbangan yang besar, menyebabkan kecederaan ini semakin parah, umat Islam semakin terpinggir jauh dari Ibu Segala Ilmu iaitu ilmu terus dari Allah (Laduni).

Wallahu a'lam.

Nukilan : http://sense-az.blogspot.com/2011/06/keunikan-tenaga-dalaman.html

Leia mais...

  ©Syahadah - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo