Info Hadith

Menurut Imam Thirmidzi,nabi bersabda: “Takutlah kamu dengan firasat mukmin karena sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah

Ahad, 16 Ogos 2015

Majlis Pengutipan Dana Wawasan Syahadah

Aktiviti terkini  Persatuan Kebajikan Wawasan Syahadah

Persatuan Kebajikan Wawasan Syahadah menganjurkan majlis makan malam di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu Kelantan pada 28ogos 2015 bersamaan 13 Zulkaedah 1436H.

Dengan tujuan untuk mengumpul DANA mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan aktiviti persatuan :-
  • Majlis Ilmu
  • Membantu memulihkan remaja perempuan bermasalah
  • Membantu penagih-penagih dadah untuk dipulihkan
  • Membantu menguruskan anak-anak yatim
  • Dan lain-lain
Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta menjayakan majlis makan malam ini boleh hubungi nombor yang tertera. Pelbagai  aktiviti menarik yang akan dijalankan....Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami  dan marilah ramai-ramai bersama menjayakan program ini.


Segala sumbangan boleh lah disalurkan terus ke akaun Persatuan Kebajikan Wawasan Syahadah Kelantan Darul Naim sepanjang masa.

No. Akaun BIMB : 03018010143081
Nama : Tetuan Persatuan Kebajikan Wawasan Syahadah

Maklumat Lanjut, Sila hubungi :

011-10690363  - Ustaz Lokman Abdullah,
019-9868841  - Tuan Haji Salleh,

KELEBIHAN BERSEDEKAH MENURUT KETERANGAN AL-QUR'AN
Firman Allah Taala:

وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ(10)
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata :  Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. "
Ayat 10, Surah al-Munafiqun.
Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan.  Di antaranya seperti berikut:-

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ.
"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
Ayat 261, Surah al-Baqarah.
Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah - meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.



Leia mais...

Selasa, 19 Februari 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE- 4

     Notis ini bertujuan menjemput semua ahli untuk menghadiri Mesyuarat Agung yang KEEMPAT (4). Mesyuarat ini akan diadakan seperti berikut :

Tarikh   : 15 Mac 2013 / 3 Jamadil Awal 1434H (Jumaat)
Masa     :  8.00 pagi
Tempat :  Perkarangan Rumah Hj Leh
               Lot 2364, Simpang 3,
               Jalan Chenderong Batu
               16250 Wakaf Bharu, Kelantan
               (Berhampiran dengan rumah Ustaz Lokman [Guru] )


2.    Agenda Mesyuarat 

      1.Perasmian mesyuarat 
      2.Perlantikan Pengerusi sementara yang dicadang oleh YDP
      3.Ucapan Dasar YDP
      4.Pengesahan minit mesyuarat kali ketiga (3)
      5.Laporan Bendahari
      6.Membubarkan dan memilih AJK Baru
      7.Perkara-perkara berbangkit
      8.Ucapan penangguhan YDP

3.    Diatas kehadiran tuan/puan amatlah dihargai dan berbanyak-banyak terima kasih.


 * Pakaian lelaki     - T'Shirt Hijau Persatuan
 * Pakaian Wanita   - Warna Purple
 * Yuran Tahunan    - Dewasa RM30.00
                               Remaja RM20.00





















Leia mais...

Ahad, 25 Mac 2012

Majlis Makan Malam



Aktiviti terkini  Persatuan Kebajikan Wawasan Syahadah

Persatuan Kebajikan Wawasan Syahadah menganjurkan majlis makan malam di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu Kelantan pada 7 April 2012 bersamaan 15 jamadilakhir 1433H.

Dengan tujuan untuk mengumpul DANA mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan aktiviti persatuan :-
  • Majlis Ilmu
  • Membantu memulihkan remaja perempuan bermasalah
  • Membantu penagih-penagih dadah untuk dipulihkan
  • Membantu menguruskan anak-anak yatim
  • Dan lain-lain
Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta menjayakan majlis makan malam ini boleh hubungi nombor yang tertera. Pelbagai  aktiviti menarik yang akan dijalankan....Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami  dan marilah ramai-ramai bersama menjayakan program ini.


Segala sumbangan boleh lah disalurkan terus ke akaun Persatuan Kebajikan Wawasan Syahadah Kelantan Darul Naim sepanjang masa.

No. Akaun BIMB : 03018010143081
Nama : Tetuan Persatuan Kebajikan Wawasan Syahadah

Maklumat Lanjut, Sila hubungi :

013-9232988  - Ustaz Lokman Abdullah,
019-9868841  - Tuan Haji Salleh,
013-9334546 - En Ismail Osman ( Che Weil Consultan ) 
019-9397929  - Tuan Hj Azid B. Salleh dan
0199268186   - Pn Hasimah Bt Hj Abd Ghani

KELEBIHAN BERSEDEKAH MENURUT KETERANGAN AL-QUR'AN
Firman Allah Taala:

وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ(10)
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata :  Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. "
Ayat 10, Surah al-Munafiqun.
Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan.  Di antaranya seperti berikut:-

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ.
"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
Ayat 261, Surah al-Baqarah.
Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah - meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.




Leia mais...

Rabu, 4 Januari 2012

Merokok Dari Pandangan Islam

Merokok Dari Pandangan Islam

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keputusan (English): 
 
Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.
 
Keterangan/Hujah: 
 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Leia mais...

Jangan Cuba Derhaka Pada Ibu Bapa

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik (ihsan) kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan “ah”** dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah..”Wahai Tuhanku! Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecilku.”

Surah al-Isra’ : ayat 23-24

** mengucapkan kata “ah” kepada orang tua tidak dibolehkan, apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Di dalam ayat di atas ada 10 permasalahan:

  1. Qadho – ialah suruhan wajib untuk menyembah Allah swt iaitu Allah Ta’ala telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya.
  2. Allah swt memerintahkan agar manusia menyembahNya dan mentauhidkanNya disertakan dengan berbuat ihsan kepada kedua ibubapa, sama seperti bersyukur kepada Allah SWT, disertakan dengan berterimakasih kepada kedua ibu bapa. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abdullah RA, firmannya: “Aku bertanya Nabi Muhammad SAW apakah amal yang paling disukai oleh Allah?” Nabi Muhammad menjawab: “Solat dalam waktunya.” Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?”. Nabi Muhammad menjawab: “Kemudian berlaku ihsan kepada kedua ibu bapa.” Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?” Nabi Muhammad menjawab: “Berjihad fi sabilillah.” Lihatlah betapa pentingnya ihsan kepada kedua ibu bapa sehingga Nabi Muhammad menjadikan ‘birrul walidaini’ – berbuat baik kepada ibu bapa- seafdhal2 amal selepas solat yang merupakan tiang agama yang terpenting.
  3. Di antara makna ‘birrul walidaini’ dan ‘ihsan’ kepada kedua ibu bapa ialah bahawa jangan seseorang itu menderhaka kepada kedua-duanya kerana ia termasuk daripada dosa-dosa besar (kabaair) tanpa khilaf. Perkara ini ditegaskan oleh sunnah thabitah. Di dalam sahih Muslim daripada Abdullah ibn Amru bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya di kira daripada kabaair itu berkata kesat (memaki) seorang lelaki terhadap kedua ibu bapanya.” Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah SAW adakah orang yang akan berbuat demikian kepada ibu bapanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Ya, boleh berlaku bila seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat kepada bapa orang lain, lalu orang tadi membalas dengan memaki ibu dan bapanya.”
  4. Termasuk derhaka kepada ibubapa ialah menyalahi kehendak kedua-duanya dalam perkara yang diharuskan oleh syara’, sama halnya ‘birrul walidaini’ bermakna membuat sesuatu yang disukai oleh kedua-duanya. Berdasarkan kenyataan di atas apabila kedua-dua ibu bapa menyuruh sesuatu perkara kepada anaknya, maka menjadi kewajipan ke atas anak itu mentaatinya selagimana suruhan itu dalam perkara yang bukan maksiat.
  5. Imam Tarmizi meriwayatkan daripada ibnu Umar RA katanya: “Saya ada seorang isteri yang saya amat kasih, tetapi ayah saya membencinya dan menyuruh aku menceraikannya, lalu aku enggan. Aku mengadu kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda Rassullah SAW bersabda: ” Wahai Abdullah ibnu Umar! Ceraikan isterimu itu.” (Hadith Hasan lagi Sahih).
  6. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi Muhammad SAW menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi Muhammad SAW menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi Muhammad SAW menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi Muhammad SAW menjawab: “Bapa kamu.” Dalam hadith ini menunjukkan kasih kepada ibu tiga kali ganda melebihi kasih kepada bapa kerana Nabi Muhammad SAW menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat.
  7. Tidak dikhususkan ‘birrul walidaini’ hanya kepada ibu bapa yang muslim sahaja, bahkan wajib berbuat baik kepada kedua-duanya sekalipun mereka kafir.
  8. Termasuk yang dimaksudkan ‘ihsan’ kepada kedua-dua ibu bapa ialah apabila tidak sampai ke tahap jihad menjadi fardhu ain, ia mestilah mendapat keizinan daripada ibu bapa untuk keluar berjihad; tidak boleh keluar berjihad kalau ibu bapa tidak memberi izin. Ini berdasarkan hadith yang sahih yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar RA katanya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad SAW meminta izin untuk berjihad, maka Nabi Muhammad SAW bertanya: “Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Dia menjawab masih hidup, lalu Nabi Muhammad SAW bersabda: “Maka untuk kedua-dua ibu bapamu hendaklah kamu berjihad.” (Riwayat Muslim). Di dalam riwayat yang lain lelaki tadi menjawab: “Ya, masih hidup dan aku meninggalkannya dalam keadaan kedua-duanya menangis. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Pergi kamu, maka usahakan supaya kedua-duanya ketawa sebagaimana kamu telah membuat kedua-duanya menangis.” Dalam riwayat yang lain lagi…. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidur kamu bersama kedua ibu bapa kamu di atas tilamnya lalu kamu berusaha menjadikan kedua-duanya ketawa dan kamu pula bergurau senda dengan mereka lebih afdhal daripada kamu berjihad bersama aku.”
  9. Ulama’ berselisih adakah apabila ibu bapa musyrik diperlukan keizinan daripada kedua-duanya untuk berjihad (jihad kifayah)? Imam Thauri berpendapat perlu, tetapi Imam Syafei berpendapat tidak perlu.
  10. Sebagai penyempurna dalam ‘birrul walidaini’ ialah menghubungkan silaturrahim dengan mereka yang pernah bersahabat dengan ibu bapa… Semoga bermanfaat untuk direnung oleh anak-anak yang beribu dan berbapakan da’ie -para pendakwah- di jalan Allah SWT. Jangan lupa hukum dalam melakukan dakwah dan jihad, nanti kamu juga yang menyesal suatu hari nanti. Ingatlah kisah ‘Alqamah yang tidak mampu mengucap syahadah dek kerana dia melebihkan si isterinya daripada ibu sendiri. Ibunya memendam rasa di hati, namun tidak diluahkan… Bagaimana ibu-ibu dan bapa-bapa yang kini berada dalam bahtera dakwah yang diketahui kebaikannya tiba-tiba anak sendiri yang mengherdik dan merendahkannya; bukankah itu menderhaka namanya??? Fikir-fikirkanlah di atas iman dan amal.

Leia mais...

Selasa, 3 Januari 2012

Firasat Seorang Mukmin

Firasat HATI yang BERCAHAYA



Sahabat...Tidak ada suatu keinginan yang besar dari seorang mukmin...
Kecuali mempunyai hati yang bersih dan bercahaya.
Karena dia yang akan menuntun keselamatan hidup kita di dunia.

Hati yang cemerlang adalah hati yang bersih suci dan mampu 'melihat' alam ghaib sehingga ia mengenal Allah ta'ala tanpa keraguan sedikitpun.



Pada zaman nabi ada seorang laki-laki bertanya pada nabi, Ya Rasulullah , siapakah manusia terbaik?”. Nabi menjawab, “Mereka adalah orang mukmin yang berhati makhmum.” Orang itu bertanya lagi , “Apakah hati makhmum itu?”. Nabi bersabda, “Itu adalah hati yang berTAKWA lagi bersih yang tidak ada didalamnya penipuan, sikap melampaui batas, tipu daya, khianat dan dengki”.



(HR. Ibnu majah dan termasuk hadis shahih).



"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu berTAKWA kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan (pembeda) dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar."



( Surah Al-Anfal : ayat 29 )



"Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), berTAKWAlah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu nur (cahaya) yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."



( Surah Al-Mujadilah : ayat 28 )



Dalam hadith Qudsi, diriwayatkan oleh Abu Hurairah radliyallahu 'anhu bahwa Rosulullah SAW bersabda :



Sesungguhnya Allah swt telah berfirman: "Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku , maka Aku menyatakan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan kepadanya. Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat (nawafil) sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya."

( Riwayat Imam Bukhari)



Hati yang bersih juga hati orang yang Ikhlas, sehingga ditakuti oleh setan. Nabi pernah bersabda, “Tidak berjalan Umar disuatu lorong melainkan setan memilih jalan lain (supaya tidak berpapasan dengan Umar).



(HR. Imam Bukhari dan Muslim).



Perasaan takut yang ditunjukkan setan disebabkan karena ketakwaan yang ada dalam diri Umar.



Apabila hati bersinar dan gemilang, Allah mengilhamkan kepada hati itu berbagai ilmu dan petunjuk.



Diantaranya adalah firasat mukmin :-



1-   Sehubungan hal tersebut menurut Imam Thirmidzi , nabi bersabda , “ Takutlah kamu dengan firasat mukmin karena sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah”



Contohnya, menurut Anas bin Malik , pada suatu hari dia melihat seorang wanita dan tertegun dengan kecantikannya. Kemudian setelah itu , beliau bertemu dengan Utsman bin Affan dan Utsman berkata : Telah masuk ke perkumpulanku , seorang laki-laki yang dimatanya terdapat tanda-tanda zina.” Anas terkejut dengan perkataan Utsman dan bertanya : Masih adakah wahyu setelah nabi (adakah Khalifah Utsman boleh tahu apa yang telah dilakukannya) ?”, Utsman menjawab. Tidak, yang ada hanyalah mata hati dan firasat yang benar



Begitu pula dengan peristiwa yang terjadi atas khalifah Umar bin Khatab. Ketika beliau sedang menyampaikan dakwahnya di Madinah, tiba-tiba beliau berkata , “Wahai Sariah, pergilah kebukit, kebukit.”  Rupanya , pada waktu itu beliau dapat melihat bahwa tentara-tentara Islam yang dipimpin oleh panglima Sariah mengalami kekalahan sedangkan mereka berada jauh di Madinah. Beliau segera memberi petunjuk kepada Sariah agar membawa tentara-tentara Islam ke bukit. Menurut Sariah, beliau dapat mendengar suara Umar dengan jelas dan segera mematuhi petunjuknya sehingga mereka akhirnya memperoleh kemenangan. Ini adalah bentuk –bentuk ilham yang dianugerahkan Allah kepada mereka yang memiliki hati yang bersih.



Itulah beberapa contoh orang-orang yan bertTAKWA yang hatinya bercahaya.



Banyak orang mengHIAS WAJAH dan TUBUHnya...



Padahal WAJAH dan TUBUHnya akan menjadi FITNAH makanan syaithan.



Dan hanya orang-orang yang mendapat HIKMAH...



Dialah yang selalu mengHIAS HATInya dengan keTAKWAan.


Leia mais...

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

SOLAT SUNAT DHUHA


Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ


Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ


Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)


Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."


Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ


Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani


Niat Solat Dhuha


أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali


سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ


"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :


اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ


"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Leia mais...

  ©Syahadah - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo